BAGI lelaki, jika ada yang tidak kena dengan keadaan alat sulit mereka, ia pasti menimbulkan panik. Sebagai contoh, saya kerap menerima aduan mengenai buah zakar yang saiznya tidak sama.Hakikatnya ada lelaki mempunyai buah zakar seperti itu, tetapi ia bukan masalah jika saiz kedua-dua buah zakar dalam lingkungan normal, iaitu tidak kurang dari 10 milimeter (ml), iaitu lebih kurang setengah ibu jari kaki.Jika kurang daripada saiz itu, kemungkinan tumbesaran buah zakar terencat. Jika buah zakar itu lebih besar daripada 30ml atau satu setengah ibu jari, kemungkinan pundi epididimis atau selaputnya mengembang (hidrosel).Ada juga kes lelaki mempunyai satu buah zakar tetapi dalam 100,000 orang hanya seorang berdepan masalah itu. Masalah dikenali sebagai kryptorkidismeia itu membabitkan keadaan buah zakar memang tiada atau tidak menjadi dan hanya boleh dikesan menerusi ujian pengimbasan.Secara saintifik, buah zakar ketika janin berkembang dalam rahim ibu ialah organ yang berkedudukan dalam perut. Tiba bulan keempat dan lima, kedua-dua buah zakar itu menurun dan keluar dari badan serta masuk ke kerandut.Kadangkala perjalanannya terentap dan bayi lelaki itu didapati hanya ada satu buah zakar. Jika dibiarkan tanpa membuat apa-apa, 50 peratus turun ke dalam kerandut.Namun jika masuk dua tahun masih tiada, kebanyakan pakar bedah kanak-kanak melakukan pembedahan untuk memasukkan buah zakar yang terkandas itu ke kerandut buah zakar.Begitupun, ada lelaki yang mempunyai buah zakar yang kadangkala tidak kelihatan dalam kerandut. Buah zakar seperti itu dikenali sebagai buah zakar yang mudah tertarik ke atas atau ‘retractile testis’.Ia disifatkan jarang berlaku. Memang buah zakar yang kerap naik ke atas sedikit kecil daripada buah zakar yang kekal dalam kerandut. Ia mungkin ada kena mengena dengan tumbesarannya yang kerap tergendala kerana perubahan kedudukannya.Daripada segi hubungan seksual, jika ada sebuah zakar normal sudah mencukupi untuk mendapatkan zuriat, melainkan ia tidak dapat berfungsi dengan baik.Bagi lelaki yang berdepan masalah buah zakar, seelok-eloknya buat pemeriksaan doktor. Jangan berjumpa tukang urut atau bomoh untuk membetulkan keadaan buah zakar.Ini kerana, kaedah urutan seperti menarik buah zakar ke bawah dengan tujuan mengekalkan kedudukannya dalam kerandut berisiko menyebabkan urat dan salur darah tercedera, malah buah zakar boleh rosak.




Kosmo! Ahad baru-baru ini menerima lima klip video aksi melampau membabitkan lima pasangan pelajar daripada pembaca prihatin yang hanya mahu dikenali sebagai Jamal, 36, dan Fikri, 34. Mereka yang tinggal di Kemaman, Terengganu menyerahkan klip video itu dalam satu pertemuan di Chukai. Menurut mereka, semua klip video itu dipercayai sudah tersebar di seluruh negara. Semua klip video tersebut membabitkan pelajar dan tempoh aksi rakaman itu antara dua dan empat minit lengkap dengan rakaman suara si pelaku. Berdasarkan suara, dipercayai 'pelakon' itu adalah pelajar sekolah menengah beberapa negeri termasuk sebuah negeri di Pantai Timur. Dengan anggaran usia 13 hingga 19 tahun mereka kelihatan 'selesa' melakukan 'penggambaran' dengan memakai uniform sekolah tanpa bimbang tertangkap. Dalam satu klip, seorang pelajar perempuan dipercayai tingkatan enam duduk di kerusi dan diarah pelajar lelaki melakukan aksi mengghairahkan. Terdapat juga adegan 'aktres amatur' melakukan aksi 'pemanas badan'. Menjelaskan perkara itu, Jamal dan Fikri mendakwa mereka menerima klip video itu daripada kenalan masing-masing.


