SAYA ibu kepada tiga orang cahaya mata. Selepas tiga tahun menjanda, saya berkenalan dengan seorang pemuda yang muda enam tahun daripada saya. Kami sudah berkahwin hampir 10 bulan.Masalah saya, suami semakin lemah dalam melayani keperluan seks saya. Ketika baru bernikah, dia dapat memuaskan segala tuntutan batin saya, hinggakan ada ketika kami boleh ‘belayar’ lebih enam kali sehari.Keinginan seks saya memang tinggi serta lambat mencapai klimaks. Sekarang suami tidak dapat memenuhi keinginan saya seperti dulu.Adakah suami saya akan menjadi lemah syahwat apabila kerap melakukan seks? Keinginan seksnya juga tinggi, tetapi dia tidak mampu bertahan lebih lama.
Sejak bernikah dengannya juga, saya mengamalkan pil perancang. Adakah itu akan menyukarkan saya mendapatkan zuriat jika mengambilnya dalam jangka masa panjang? Memandangkan usia saya semakin meningkat dan suami masih muda, saya bimbang jika pengambilan pil perancang itu menyebabkan kami gagal mendapatkan zuriat.
-LIZA-





No comments:
Post a Comment