CARIAN MASALAH SAIZ ZAKAR

Sunday, November 23, 2008

DERITA URUTAN BATIN

JARANG lelaki membincangkan masalah seksualnya dengan kawan walaupun kawan karib, tapi mereka lebih suka berbincang mengenai kegagahan mereka.Bagaimanapun, tidak semua lelaki macam itu. Kebetulan ada seorang pembaca menceritakan masalah kawan karibnya dari Yaman yang tanpa segan silu menjelaskan masalah seksualnya. Harapannya, semoga dapat dibantu, apatah lagi selepas cubaan rawatan di Jerman tidak membuahkan hasil.Namun, yang peliknya dari pandangan saya ialah lelaki Yaman itu mahu mencuba rawatan tradisional. Di Yaman, malah kebanyakan negara Arab, ada banyak pakar sakit tuan.Ini kerana, kesihatan seksual penting untuk lelaki di sana dalam memikul tanggungjawab memberi kepuasan seksual kepada pasangan. Jika gagal lakukan hubungan seks, mereka berasa sangat aib dan tidak boleh berdepan isteri.Jika ditinjau kemudahan rawatan tradisional yang diamalkan pengamal perubatan tradisional Melayu, amalan sedia ada ketinggalan zaman kerana tiada perkembangan dalam bidang itu.

Kebanyakan pengamal perubatan tradisional kini banyak menggunakan peralatan moden yang sebenarnya dikhususkan oleh pengamal perubatan moden. Alasan mereka ialah peralatan ini dapat memposisikan mereka sebagai pengamal tradisional moden. Ini sebenarnya satu kesalahan daripada segi etika perubatan. Kini ubat-ubatan moden juga digunakan dan dicampur aduk dengan kebanyakan ramuan herba yang mereka adun dan dimasukkan ke dalam kapsul.Walaupun bahan itu ditumbuk lumat menjadi serbuk, jika dimakan tidak dapat dihadamkan usus. Urutan batin yang dilakukan juga mengikut amalan lama tanpa latihan.Anggota sulit yang lembut diuli, ditarik dan dipulas tanpa memahami yang anggota itu bukan otot, malah anggota yang mengandungi banyak salur darah dan urat saraf yang mudah cedera. Jadi, jika anda hendak kawan Yaman anda itu lebih menderita, anda boleh cadangkan rawatan tradisional untuk pemulihan mati pucuknya.Bayangkan dia sudah dapat rawatan moden dari Jerman, tapi gagal untuk memulihkan masalah ereksinya.Bicara soal mati pucuk atau ED, jika darah tidak cukup masuk ke dalam liang otot zakar, zakar itu tidak bersemangat dan tidak keras, maka individu itu tidak dapat melakukan seks penetratif. Mengikut rawatan moden, jika ubat yang dapat melancarkan jalanan darah itu diberi dan darah berjalan lancar dalam otot zakar, ereksi akan berlaku.Kaedah suntikan ubat pengembang salur darah dalam otot zakar sudah ada lama di Malaysia dan negara Barat.Malah, ada banyak pilihan suntikan mengikut kesesuaian individu itu. Memang ketika disuntik, lelaki itu akan terasa sakit untuk seketika, namun selepas itu dia akan mencapai ereksi padat untuk tujuan bersetubuh.Anda mungkin tahu, selain ubat suntikan itu, ada ubat makan seperti ubat PDE-5 seperti Viagra, Cialis dan Levitra. Ubat ini didapati sungguh berkesan jika diamalkan dengan baik.Yang mustahak ialah individu itu berjumpa pakar yang fasih mengenai terapi perubatan. Adakala ubat ini tidak berkesan jika lelaki itu tidak tahu cara dan syarat menggunakannya.Saya cadangkan anda nasihatkan kawan anda itu berjumpa pakar sakit tuan, andrologis atau urologis di Yaman atau di negara Arab berdekatan.Saya baru balik dari Makkah, Madinah dan Jeddah. Saya dapati banyak urologis dari Mesir dan Amerika Syarikat di kebanyakan hospital di sana. Jika anda ingin berjumpa saya, saya ada di Damai Service Hospital, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur. " pembesaran zakar yang selamat dan berkesan adalah penting" untuk maklumat lanjut SILA KLIK DISINI

ISTERI BUNTU SUAMI TIADA SPERMA

SOALAN

SAYA sudah berkahwin hampir dua tahun tetapi suami saya agak berumur (lebih 30 tahun). Baru-baru ini, pemeriksaan doktor ke atas suami mendapati beliau tidak mempunyai sperma ketika pemeriksaan air mani dilakukan.Kami dicadangkan untuk melakukan IVF. Adakah cara lain untuk mengatasi masalah berkenaan seperti penggunaan ubat atau cara rawatan tradisional ?
LIZA
Ampang

JAWAPAN
Pemeriksaan kesuburan untuk lelaki amat mudah jika dibandingkan dengan perempuan. Hanya dengan ujian air mani, kedudukan kesuburan lelaki dapat diketahui. Jika tiada sperma, bermakna lelaki itu tidak dapat memberi benih untuk menghasilkan kehamilan kepada pasangan. lelaki itu mandul. Mereka boleh dapat anak angkat jika ingin berkeluarga.Kini pemeriksaan kesuburan untuk lelaki bukan itu saja, malah pelbagai lagi malahan lebih rumit daripada pemeriksaan kesuburan untuk perempuan jika institusi yang menjalankan pemeriksaan kesuburan lelaki ada kemudahan.Jika ujian air mani itu didapati tiada sperma, ujian air mani susulan akan dilakukan beberapa minggu kemudian. Jarang berlaku ejakulasi tidak habis dan sperma tiada dalamnya. Lepas buat kali kedua, baru ternampak benih.Sekiranya ujian air mani itu masih tiada benih, air mani akan diteliti (centrifuge) untuk menentukan jika terdapat sperma

yang tidak bergerak atau sperma yang tidak berekor dalam air mani kerana jika ada sperma ini, masih boleh cuba dapatkan kehamilan melalui kaedah ICSI (menyuntik sperma kedalam telur).Jika tiada sperma langsung pemeriksaan susulan yang akan dilakukan ialah untuk memastikan sama ada ketiadaan sperma itu akibat salur sperma tersumbat atau kilang sperma rosak dan tidak dapat menghasilkan sperma yang matang. Pemeriksaan susulan yang akan dilakukan termasuk berikut:Pemeriksaan Buah Zakar:Kedua-dua buah zakar diperiksa untuk mengenal pasti jika keadaan buah zakar normal, ada pundi epididimis dan salur sperma kerana ada keadaan kedua-dua struktur itu tiada. Jika tiada, cara mengeluarkan sperma ialah melalui pembedahan epididimis untuk mengumpul sperma atau membedah bahagian tengah buah zakar untuk mengumpul sperma yang mana sperma ini akan digunakan untuk kaedah ICSI.Jika pembuluh darah kembang atau bengkak, keadaan ini dikenali sebagai ‘varikosel’. Jika ada varikosel, sama ada tahap varikosel ketara sehingga buah zakar lembik. Ini yang boleh menyebabkan gangguan kepada fungsi kilang sperma dan tiada sperma.Rawatannya ialah memperbaiki varikosel itu melalui pembedahan kecil untuk mengikat pembuluh darah. Selepas tiga hingga enam bulan, ujian air mani susulan dilakukan untuk mengenal pasti jika terdapat sperma.

Jika ada sperma baru boleh cuba kaedah bantuan konsepsi seperti yang anda nyatakan itu.Jika kedua-dua buah zakar kecil, iaitu kurang daripada 10ml mengikut ukuran dengan alat pengukur buah zakar okidometer, ini menandakan kilang sperma kurang dan kemungkinan tidak berfungsi.Lebih-lebih lagi jika tahap hormon kesuburan meningkat lebih daripada tahap normal (keadaan yang bergelar hypergonadotropik hypogonadisme). Jadi tiada apa-apa yang boleh dilakukan kecuali pengambilan anak angkat.Jika saiz buah zakar normal, sekurang-kurangnya satu normal, ujian ‘biopsi’ iaitu pengambilan secebis tisu dari buah zakar boleh dilakukan untuk meneliti jika ada kumpulan kilang sperma yang normal dan mungkin beberapa sperma yang normal itu boleh dikumpul untuk tujuan kaedah ICSI

SUKAR BERSAMA ISTERI MENOPAUS

SOALAN
SAYA berumur 58 tahun. Isteri pula berumur 53 tahun dan sudah menopaus. Sesekali dalam setahun rasa ingin mengadakan hubungan kelamin, tetapi kemaluan isteri saya kering. Apabila melakukan hubungan tidak dapat memasukkan disebabkan sakit dan ketat.Adakah apa-apa ubat atau (krim pelincir) yang membolehkan alat kelamin isteri saya menjadi basah, boleh dimasukki dan tidak kesakitan? Apakah nama bahan itu dan di mana boleh diperoleh?
SUAMI VETERAN
Kodiang, Kedah

JAWAPAN
Hubungan keintiman seksual tiada had umur kerana naluri, nafsu dan syahwat kekal sehingga ke liang lahad. Bagi wanita dan lelaki veteran yang masih ingin melakukan hubungan penetratif seksual, mereka perlu bersedia.Terdapat beberapa cabaran yang sebahagiannya ialah anggota sulit isteri yang kering, kesat, pembukaan faraj yang sempit dan mengecut manakala anggota sulit suami yang tidak dapat erek lama dan kurang kepadatannya.Anggota sulit wanita yang masih ada kemampuan mendapat zuriat dalam keadaan gebu, lembut dan mudah meluas. Ini kerana kesan dan pengaruh hormon kewanitaan estrogen kepada kulit dan otot lantai pelvis.Apabila wanita itu putus haid dalam masa lima tahun kulit menjadi kesat dan faraj menjadi sempit jika persetubuhan penetratif jarang atau tidak dilakukan.Cara untuk menjaga anggota itu supaya sentiasa lembut dan tidak sempit ialah menyapu losyen pelembap (Johnson atau Boots Baby Lotion, Skin Repair Cream daripada Roskens) atau perapi anggota sulit perempuan krim O'MUST, kepada bahagian luar iaitu di bibir besar dan kecil. Atau, menggunakan jeli (seperti jeli K-Y atau Top Gel) untuk melegakan pembukaan faraj supaya pembukaan faraj tidak sempit.
Kadangkala wanita boleh gunakan batang plastik yang dikenali sebagai alat pelega atau ‘dilator’ untuk melegakan pembukaan faraj supaya sentiasa dalam keadaan bersedia supaya mudah untuk suami menyalurkan ereksinya ke dalam tanpa wanita veteran itu terasa sakit.Ini satu pendekatan untuk mengelakkan faraj daripada menjadi tidak berguna. Lelaki yang mengalami lemah tenaga batin iaitu gagal untuk mencapai ereksi yang sesuai untuk melakukan hubungan penetratif boleh jumpa doktor untuk rawatan moden. Jangan membazirkan duit berjumpa tukang urut, sia-sia saja.Rawatan moden saperti ubat PDE-5 Inhibitor seperti Viagra, Cialis atau levitra dapat membantu meningkatkan kemasukan darah ke dalam otot zakar dan memantap dan memadatkan ereksi supaya mudah untuk menyalurkan ereksi kedalam faraj.Jangan makan ubat kuat yang dijual di pasaran kerana kebanyakannya ada campuran ubat beracun dan boleh memudaratkan kesihatan. Jumpa doktor untuk pemeriksaan dan rawatan.

INTIM SEKS USIA TUA?

SEORANG lelaki berusia 73 tahun mengadu masalah berikut: “Alat sulit saya tidak berfungsi lagi. Saya menghidap beberapa penyakit, batuk, asma, rosak paru-paru dan prostat. Adakah zakar saya tidak hidup disebabkan penyakit ini atau kerana usia yang lanjut? “Nafsu saya juga kuat dan suka melihat wanita. Adakah semua warga tua berperasaan begini? Lebih pelik saya sangat suka mencium isteri walaupun mukanya sudah berkedut malahan saya sangat ghairah untuk melakukan hubungan intim keterlaluan yang tidak wajar bagi warga tua.
“Isteri saya pula tidak dapat menerima kehendak saya kerana terlampau geli, pantang dicium di mana-mana saja anggota badannya, dia akan mengelak lebih-lebih lagi anggota yang boleh merangsangkan. Untuk pengetahuan doktor, kami suami isteri sangat takut pada dosa. Harap doktor dapat beri nasihat dan pandangan.”Manusia mempunyai seruan batin dan perasaan syahwat. Tanpanya sukar untuk mereka berpasangan dan menghasilkan zuriat.Jadi, hubungan keintiman seksual mustahak bukan saja untuk mendapat zuriat yang mana kemampuan ini terhad, tetapi hubungan seksual lebih kepada mengeratkan hubungan silaturahim dan mendekatkan pasangan, sambil memberi keseronokan dan kenikmatan batin.Tidak ada sebab kenapa pasangan yang berumur tidak boleh melakukan hubungan keintiman seksual. Hubungan keintiman seksual tidak bermakna hubungan penetratif (memasukkan ereksi ke dalam anggota sulit perempuan).Hubungan tanpa penetrasi ereksi juga satu hubungan seksual, seperti sentuhan, pelukan, kucupan, sentalan, geselan dan urutan erotik yang memberangsangkan. Hubungan seksual perlu dilakukan tanpa tekanan kepada mana mana pihak dan mengikut kemampuan pasangan.Malah, satu kajian pernah dilakukan untuk mengetahui sama ada hubungan seksual itu mustahak untuk mereka yang sudah berusia.
Didapati 80 peratus daripada warga tua memberi jawapan mengakui yang hubungan seksual mustahak dalam umur lanjut dan mereka setuju ia dapat meningkatkan hubungan kemesraan antara pasangan.Mereka juga berpendapat tidak banyak kemudahan untuk mereka mendapat bimbingan dan rawatan mengenai masalah seksual jika diperlukan. Jadi, kajian tadi jelas menunjukkan hubungan seksual mustahak dan tiada had atau batasan umur. Jika pasangan memerlukan bimbingan mereka perlu mendapatnya tanpa halangan.Contohnya, wanita berumur yang mempunyai pembukaan faraj semakin sempit dan mengganggu kesihatannya. Ketika suami hendak bersetubuh dengannya (dalam umur yang sedemikian kemungkinan keinginan amat jarang), isteri perlu diberitahu supaya menggunakan bahan pelicin dan pelembap setiap hari untuk melegakan pembukaan bagi membolehkan faraj dalam keadaan bersedia.Sentuhan menggelikan jika individu yang disentuh itu memang tidak terbuka untuk mendapat sentuhan itu. Jika minda tidak mahu, badan sukar untuk menerimanya.Mustahak untuk suami dan isteri yang berumur memberi kerjasama antara satu sama lain untuk menikmati keseronokan sentuhan yang juga dapat memberi rangsangan pada anggota sulit masing-masing. Anggota sulit lelaki yang berumur boleh terangsang walaupun tidak berada dalam keadaan erek dan boleh mencapai klimaks.Sama juga dengan perempuan berumur, sentuhan kepada anggota sulit dan puting dapat memberi rangsangan dan nikmat syahwat. Jadi lakukan mana yang mampu dan dapat memberi keseronokan kepada diri masing-masing. Lagipun hubungan suami dan isteri memang harus dari segi agama dan hubungan kelamin itu ibadah!

Thursday, November 20, 2008

KESAN ISTERI BERSALIN KEPADA SUAMI

KESEJAHTERAAN fizikal, mental dan sosial perlu untuk kesempurnaan hubungan seksual. Hubungan mesra antara pasangan dapat mengeratkan silaturahim dan mencetuskan perasaan keinginan untuk berintim secara seksual.Wanita yang satu ketika dulu tiada masalah untuk melakukan hubungan seksual dan selepas bersalin rasa sukar melakukannya mungkin mengalami tekanan yang menyebabkannya berkeadaan demikian.Tahu sajalah, selepas bersalin, isteri perlu lalui pelbagai tanggungjawab baru dan mencabar. Jadi mereka mudah letih, lebih-lebih lagi jika anak meragam. Mungkin jika suami sekali sekala membantu meringankan tugas penjagaan anak, ia dapat membuka hati isteri untuk memberi masa kualiti untuk bermesra dan berintim dengan suami!

Sebilangan wanita yang bersalin anak sulung terpaksa menjalani proses kelahiran yang mencabar seperti faraj perlu dipotong (pembedahan episiotomi) untuk memberi ruang luas ketika kelahiran anak dan selepas itu bahagian yang dipotong kerap terasa sakit. Ada juga wanita mengalami kecederaan kepada anggota kelamin ketika melahirkan anak dan bahagian yang luka menjadi parut yang menyakitkan.Jadi dalam keadaan sedemikian, apabila hubungan kelamin dilakukan dan mengganggu parutan atau tempat yang terluka dulu, sudah tentu ia memberi kesakitan atau ketidakselesaan, sekali gus menghilangkan mood untuk bersetubuh.Masalah ini dikenali sebagai ‘dispareunia’ atau sakit ketika hendak bersetubuh. Jika perkara ini berlaku, mustahak untuk wanita dan pasangannya berjumpa doktor untuk menjalani bimbingan dan pemeriksaan sewajar.Perasaan tidak ghairah yang dialami wanita ketika bercumbu untuk memulakan hubungan seksual tidak akan mencetuskan rangsangan seksual dan secara langsung jalanan darah tidak lancar ke anggota sulit dan kemaluan tidak mengembang serta menggebu.Corong faraj juga akan menjadi sempit dan tiada lelehan cecair pelicin, di mana situasi ini dikenali sebagai ‘mati putik’ (mati pucuk istilah yang digunakan kepada lelaki yang mengalami masalah sama).Jadi, jika hubungan penetratif dipaksa, ia akan terasa sakit dan ini akan menekankan lagi hubungan silaturahim seksual kemudian hari.Cepat klimaks untuk lelaki berlaku apabila daya kawalan sensitiviti zakar kurang mantap. Pelbagai cara boleh diusahakan seperti mengawal setiap pergerakan ereksi dalam faraj (dengan meningkatkan daya kemutan supaya ereksi tegap dan dalam kawalan otot kemut serta pergerakan ereksi dengan daya kemut) serta ereksi dalam faraj dan tidak melakukan tusukan.Jika tidak berkesan juga, itu bermakna masalah anda perlu dirujuk kepada pakar.

TIADA KEPUASAN KERANA SAIZ ZAKAR KECIL

This summary is not available. Please click here to view the post.

Tuesday, November 18, 2008

AMALAN SEKS SONGSANG

SOALAN
SAYA baru berkahwin sebulan dan setiap kali melakukan hubungan, isteri selesa jika saya masukkan kemaluan ke dalam duburnya. Dia juga memasukkan zakar dan buah zakar ke mulutnya, kemudian diikuti dengan kemasukan ke dalam farajnya. Adakah ia boleh memudaratkan kesihatan kami atau merosakkan alat kelamin kami?
PENGANTIN BARU
Kuala Lumpur

JAWAPAN

Hubungan keintiman seksual mengeratkan silaturahim sesebuah pasangan dan amalan serta pendekatannya mengikut keselesaan dan keterbukaan mereka.Jika pasangan itu menikmati keseronokan bersama, itu petanda mereka mencapai matlamat naluri seksual.Untuk menikmati keseronokan keintiman seksual yang lebih, sebilangan pasangan mencuba pelbagai pendekatan dan cara luar biasa dengan hasrat menikmati keseronokan luar biasa.Mereka melakukan liwat dan seks oral luar biasa seperti pasangan wanita mengulum zakar dan buah zakar.Mengikat dan menambat pasangan dan kadangkala memukul secara terkawal selain mencaci dan maki yang kononnya dapat meningkatkan lagi perasaan keintiman juga antara pendekatan luar biasa.Ada juga yang membawa orang ketiga (kawan atau kekasih) ketika melakukan hubungan intim suami isteri.Semua ini kononnya dapat menambah lagi keintiman seksual mereka. Itupun mereka tidak merasa puas lalu meningkatkan lagi amalan songsang dan tidak hairan jika mereka cuba pendekatan cekik mencekik!Ada juga yang mempunyai `guru’ yang mengajar pelbagai pendekatan dan amalan seks luar biasa yang bercampur aduk dengan ilmu hitam seperti amalan minum air mani bercampur dengan air mazi perempuan.Begitu juga melakukan `amalan nikah batin’, kononnya melakukan hubungan kelamin yang berterusan sepanjang malam dengan alat kelamin kekal bersatu, dan macam-macam lagi.Hubungan kelamin untuk kebaikan bersama antara suami dan isteri atau pasangan yang sah. Ia bukan saluran untuk keajaiban atau misteri kerana tiada apa-apa yang ajaib.Sebagai manusia yang agung dan mempunyai darjat tinggi daripada segala makhluk Tuhan, melakukan hubungan seksual ala binatang atau haiwan atau jembalang bukan cara sempurna.Hubungan keintiman harus beradab dan berdisiplin, dengan kedua-dua pihak melakukannya dengan kerelaan dan bukan atas desakan atau penipuan (kononnya posisi tertentu memberi nikmat tertentu atau hikmat tertentu).Elok anda elak melakukan hubungan seks songsang sebelum ia memudaratkan kesihatan anda berdua. Hubungan keintiman seksual antara pasangan bernikah ialah satu ibadah. Kembalilah ke pangkal jalan.

ISTERI MASIH DARA

MASIH dara walaupun sudah berkahwin beberapa bulan. Persoalan ini pernah dibincangkan dalam ruangan bicara kesihatan yang biasanya dibangkitkan oleh wanita yang ada perasaan seriau atau ngeri untuk bersama pasangan.Dalam keadaan seriau, anggota sulit wanita menjadi kering, manakala bibir besar dan bibir kecil mengecut serta menyempit.Situasi ini juga dikenali sebagai ‘mati putik’, ibarat putik tidak berkembang menjadi bunga seperti mati pucuk yang berlaku kepada golongan lelaki, di mana ereksi tidak berlaku.Semua ini berlaku akibat kegagalan tindak balas seksual kerana perasaan seriau. Setiap kali pasangan cuba melakukan tusukan, mereka mencengkam otot pembukaan lubang najis atau mengemut.Mereka terus terasa sakit yang amat sangat ketika itu dan pasangan mereka terasa seperti ada halangan di depan pintu faraj! Apa yang berlaku sebenarnya ialah mereka tidak dapat mengawal pembukaan faraj.
Mereka sebenarnya mencengkam pembukaan faraj tanpa sedar. Keadaan ini dikenali sebagai ‘vaginismus’ iaitu cengkaman pembukaan faraj tanpa kawalan wanita.Jika anda dapat mengawal pembukaan faraj, iaitu melegakan pembukaan faraj dengan tidak mengemut atau melegakan kemutan, pembukaan faraj akan lega dan membolehkan ereksi suami memasuki faraj dengan senang.Walaupun sedikit sempit berpunca daripada selaput dara yang mengelilingi pembukaan faraj, ia akan menjadi lega dan mudah kerana mengandungi tisu elastik!Mungkin perkara pertama yang anda perlu lakukan ialah cuba memasukkan jari anda sampai habis diikuti mencuba memasukkan dua jari dan meluaskan bukaan faraj sambil melegakan kemutan atau jangan kemut.Apabila perkara itu dapat dilakukan sendiri, biar suami pula cuba memasukkan jarinya dan jika tidak sakit, boleh diteruskan mencuba memasukkan zakarnya pula ke dalam faraj.Anda boleh jumpa mana-mana pakar sakit puan untuk menjalani pemeriksaan dan bimbingan seksual bagi mengatasi masalah seriau.Mungkin doktor boleh memberi anda alat berbentuk seperti zakar yang dikenali sebagai dildo atau ‘vaginal trainer’ untuk melegakan pembukaan faraj.Saya tidak syorkan pembedahan meluaskan faraj jika rupa dan bentuk anggota sulit anda normal kerana jika dilakukan, timbul masalah faraj longgar pula!Apabila perasaan seriau tiada dan anda dapat mengawal pembukaan faraj, tiada sebab kenapa anda tidak dapat ‘bersama’ dengan pasangan.Jika anda dan pasangan masih gagal menyelesaikan masalah ini dan perlukan khidmat rundingan dan tunjuk ajar, anda dan suami boleh jumpa saya di Damai Service Hospital, Jalan Ipoh

JANGKITAN KEMALUAN...

SIAPA tidak berat mulut hendak membincangkan masalah yang berlaku pada alat sulit mereka? Selagi boleh disimpan, perkara seperti ini dipendam jauh dalam hati dan satu-satunya orang yang layak mengetahui masalah yang menjadi rahsia peribadi itu hanya pakar sakit puan atau tuan.Namun, masalah dihadapi wanita lebih rumit. Baik anak dara atau bersuami, tiada wanita terkecuali daripada mengalami keradangan atau jangkitan vagina (vaginitis). Vaginitis dianggap masalah biasa yang dialami wanita pada semua peringkat umur di seluruh dunia.Kajian menunjukkan hampir 80 peratus wanita pernah mendapat jangkitan atau keradangan vagina (faraj) pada satu-satu masa sepanjang hayat mereka.Bagaimanapun, hanya satu daripada lima (25 peratus) yang alami jangkitan ini berjumpa pakar sakit puan bagi mendapatkan rawatan. Perunding Obstetrik dan Ginekologi, Pusat Perubatan dan Ginekologi Kuala Lumpur, Dr Raman Subramaniam, berkata vaginitis adalah masalah yang memalukan dan merengsakan kerana ia menyebabkan wanita mengalami lelehan vagina yang tidak normal, berbau hanyir, gatal dan sakit.Beberapa faktor mempengaruhi lelehan vagina iaitu umur dan perubahan paras hormon (sama ada disebabkan penggunaan alat perancang kehamilan, haid atau kehamilan).
Kadangkala alahan terhadap bahan kimia (contohnya sabun untuk mencuci pakaian) juga boleh menyebabkan keradangan vagina dan masalah ini hilang apabila penggunaan bahan kimia itu dihentikan.Jenis keradangan bergantung kepada punca jangkitan, sama ada disebabkan bakteria, kulat atau parasit. Kajian menunjukkan sebanyak 27 peratus kes vaginitis disebabkan jangkitan kulat diikuti bakteria (21 peratus), parasit (lapan peratus) dan lain-lain (tiga peratus).Secara umumnya ia boleh dibahagikan kepada empat, iaitu:a. Vaginosis bakteria — Ia berpunca daripada pembiakan keterlaluan satu daripada mikro organisma yang biasanya ada di dalam vagina dan mengganggu keseimbangan kehidupan bakteria di situ. Biasanya bakteria baik lebih banyak tetapi dalam keadaan ini, bakteria jahat membiak lebih cepat membentuk koloni.Masalah ini boleh berjangkit melalui hubungan seks, tetapi ia juga didapati berlaku pada wanita yang tidak aktif seks.Kumpulan yang berisiko tinggi mengalami jangkitan jenis ini ialah yang ada pasangan baru atau berbilang pasangan, menggunakan alat pencegah hamil (IUD) dan memancutkan air pada faraj selepas mengadakan hubungan kelamin bagi mengelak kehamilan.


Ini adalah punca jangkitan paling biasa di kalangan wanita dalam lingkungan usia yang boleh melahirkan anak. Ramai wanita hamil tidak sedar mereka mengalami jangkitan jenis ini. Antara gejala yang biasa dialami ialah: Lelehan vagina yang tidak normal dan berbau hanyir,Bau lelehan ini lebih kuat selepas mengadakan hubungan seks dan Jangkitan yis atau kulat — Kulat yang paling biasa menyebabkan jangkitan ialah Candida albicans. Dianggarkan tiga daripada empat wanita mendapat jangkitan kulat pada satu-satu masa sepanjang hidup mereka. Kulat ini wujud secara semula jadi dan tiada siapa tahu bagaimana ia boleh ada di tempat sensitif berkenaan.Ini adalah jangkitan pada wanita yang tidak pernah mengadakan hubungan seks, tetapi ia juga boleh berlaku pada wanita yang berkahwin. Kulat ini juga boleh menyebabkan jangkitan pada bahagian badan yang lembap seperti mulut, pelipat kulit dan lantai kuku.Beberapa faktor boleh meningkatkan risiko seseorang wanita mengalami jangkitan yis, iaitu, Ubat (seperti antibiotik dan steroid) Kencing manis tidak terkawal Perubahan hormon (biasanya pada wanita hamil, mengambil pil pencegah kehamilan dan menopaus) Mandi buih, menggunakan alat pencegah kehamilan yang dimasukkan ke dalam rahim dan bahan pencuci faraj (semburan atau deodoran), kerap memakai pakaian lembap dan ketat tidak akan menyebabkan jangkitan yis, tetapi membuka ruang besar untuk mendapat jangkitan.Antara gejalanya jangkitan yis ialah:
Vagina rasa gatal (tanda utama), pedih dan sakit, Berasa sakit ketika buang air kecil dan mengadakan hubungan seks

Lelehan sama ada dalam keadaan berair atau pekat berwarna putih-kelabu seperti keju kotejc. Trikomoniasis — Ia disebabkan organisma satu sel dipanggil Trichomonas vaginalis dan biasanya disebarkan melalui hubungan seksual. Pada lelaki, organisma ini menyerang saluran kencing, tetapi biasanya ia tidak menunjukkan gejala jangkitan.Bagaimanapun, ia boleh menyebabkan keradangan vagina, pintu rahim dan salur kencing jika menjangkiti wanita. Pada wanita hamil, parasit ini boleh meningkatkan risiko bersalin tidak cukup bulan. Jangkitan ini menyebabkan wanita mengalami gejala seperti: Lelehan vagina warna kuning kehijauan atau kelabu yang banyak Berasa tidak selesa ketika hubungan kelamin, Vagina berbau, Sakit ketika buang air kecil, Kemaluan rasa gatal dan pedih serta Sakit di bawah abdomend. Vaginitis atropik — Jangkitan jenis ini lazimnya berlaku akibat perubahan hormon seperti selepas hamil atau ketika mengambil pil perancang keluarga. Jangkitan jenis ini juga kerap berlaku pada wanita menopaus (ketika atau selepas) yang mengalami kekurangan hormon estrogen. Apabila menopaus, penghasilan hormon estrogen merosot dan kekurangan ini membuatkan tisu faraj menjadi nipis dan kering yang menyebabkan wanita berasa gatal, rengsa dan sakit.Pemeriksaan dan rawatan“Seseorang wanita boleh mengalami lebih daripada satu jangkitan pada satu-satu masa. Lebih 30 peratus kes vaginitis membabitkan jangkitan bakteria dan fungus.“Walaupun ia masalah biasa, wanita perlu mendapatkan rawatan pakar kerana punca vaginitis tidak boleh ditentukan melalui gejala atau pemeriksaan fizikal saja.“Tiada satu gejala khas boleh menentukan jenis jangkitan yang dialami seseorang wanita. Malah, ada juga wanita yang tidak alami gejala jika ia disebabkan jangkitan parasit, tetapi 90 peratus kes menunjukkan gejala. Kadangkala gejala menjadi sangat teruk sehingga wanita tidak boleh tidur dan alami kesakitan,” katanya.Menurut Dr Raman, bukan semua lelehan vagina berpunca daripada jangkitan. Sesetengah lelehan adalah normal jika ia berlaku di tengah kitaran haid (selepas haid), terutama bagi wanita muda berumur pertengahan 20 atau 30 tahun.Selain itu, wanita yang menghidap penyakit seperti kencing manis tidak terkawal juga mempunyai risiko tinggi mengalami jangkitan kulat dan masalah ini hilang apabila paras gula dalam darah terkawal.“Apabila anda alami jangkitan, segera jalani pemeriksaan.


Pemeriksaan ini membabitkan soal selidik sejarah jangkitan faraj atau penyakit jangkitan kelamin, ujian rahim atau pH lelehan vagina.“Doktor mungkin perlu mengambil sampel dinding rahim atau lelehan faraj untuk ujian makmal,” katanya ketika pelancaran terapi gabungan vaginitis, Neo Penotran yang mengandungi bahan antibakteria metronidazole (500 miligram) dan antikulat miconazole (100 miligram) anjuran Bayer Schering Pharma.Perunding Obstetrik dan Ginekologi Fakulti Perubatan Universiti Wayne State, Amerika Syarikat, Profesor Jack D Sobel, berkata antara ujian lain yang boleh dilakukan ialah pengesanan kadar pH (keasidan atau kealkalian) cecair faraj menggunakan kertas litmus.Katanya, walaupun vaginitis mempunyai simptom kurang menyenangkan dan kelihatan ‘teruk’, ia mudah dirawat melalui pengambilan ubat oral atau supositori (yang dimasukkan ke dalam faraj). Malah, kewujudan terapi gabungan yang mempunyai spektrum penyembuhan luas untuk jangkitan faraj dapat mengatasi masalah berbilang jangkitan.Terapi gabungan ini sesuai untuk wanita yang mengalami jangkitan gabungan atau doktor tidak pasti jenis jangkitan yang dialaminya. Jika gejala yang dialami teruk, doktor mungkin memberi dua atau tiga jenis ubat serentak.Jika vaginitis disebabkan jangkitan kulat, pasangan tidak perlu rawatan anti kulat, kecuali jika mereka mengalami jangkitan atau masalah kulit pada zakar.Bagaimanapun, jika jangkitan disebabkan bakteria atau parasit yang boleh merebak dan berjangkit melalui hubungan seks, pasangan dinasihat mendapatkan pemeriksaan doktor.

SUAMI BERONANI PENTINGKAN DIRI SENDIRI

SOALAN,
Saya seorang suami berusia 27 tahun dan mempunyai tiga anak. Masalah saya sejak akhir-akhir ini nafsu seks saya semakin menurun dan saya lebih suka beronani daripada bersama isteri. Apakah ia akan memberi kesan kepada diri saya. Saya perhatikan kerandut saya besar sebelah. Apakah keadaan ini normal atau sebaliknya.
SUAMI PASRAH
Kajang, Selangor

JAWAPAN
Satu keburukan beronani ialah pengamalnya akan bergantung kepadanya untuk melepaskan perasaan nafsu dan syahwat walaupun sudah beristeri. Mendapat bantuan isteri untuk merangsangkan anggota syahwat dengan tangan isteri diizinkan dalam Islam jika isteri uzur tetapi selain daripada itu tidak digalakkan.Jadi amalan onani tanpa bermesra akan menjauhkan lelaki itu daripada isterinya dan jika ini berpanjangan keadaan rumah tangga akan porak-peranda. Jika lelaki itu ada masalah seksual, dia perlu mendapat rawatan sewajar jika tidak masalah itu akan menjadi berat.Perasaan seksual hanya berputik jika kedua-dua pasangan itu mesra antara satu sama lain dan bergantung antara satu sama lain untuk ketenangan jiwa dan emosi.Apabila komunikasi antara mereka rancak dan dapat menghuraikan apa juga perbalahan rumah tangga dan bekerjasama tanpa mementingkan diri sendiri, hubungan mereka akan sentiasa selesa dan mereka tidak perlu bersendirian untuk mendapat ketenangan jiwa.Jika beronani sendiri dan mengelakkan diri untuk intim dengan pasangan, itu bermakna individu itu hanya pentingkan diri sendiri dan tidak prihatin dengan pasangan.Jadi jika dia telah dapat keseronokan dengan cara sedemikian macam mana pula dengan pasangannya. Tanpa kemesraan dan keintiman, jiwa isteri akan tertekan dan ini akan memberi tekanan keseluruhan kepadanya. Sepatutnya perkara ini tidak harus berlaku jika pasangan memainkan peranan dan bermuafakat dalam urusan keintiman seksual.Perasaan dingin boleh berlaku kepada lelaki dan perempuan jika mereka yang mahukan sedemikian. Tepuk sebelah tangan tidak berbunyi, jadi mustahak untuk pasangan itu ketepikan kekusutan hubungan dan mencari penyelesaian.Jika mereka ada masalah dan tidak dapat menghuraikannya mungkin boleh jumpa pembimbing perkahwinan untuk bantuan. Dengan minda terbuka tidak ada sebab masalah mereka tidak dapat diatasi.Memang dalam keadaan tegang pintu penyelesaian tertutup, tetapi apabila kedua-duanya benar-benar memberi tumpuan pada masalah yang dialami, pintu penyelesaian akan terbuka.Soal kerandut buah zakar, jika sebelah berkeadaan lebih kendur dari yang lagi satu dan perkara itu biasa untuknya, keadaan itu biasa. Jika perubahan ini menjadi ketara sejak kebelakangan ini kemungkinan ada masalah kebengkakkan atau masalah lain. Jika was-was jangan teragak-agak untuk menjalani pemeriksaan doktor.

Sunday, November 16, 2008

MEMBESAR SEMULAJADI..MUSYKIL??

SOALAN
Adakah tindakan menuap zakar menggunakan tuala baik untuk pengaliran darah pada salur darah zakar? Adakah tindakan mengurut zakar secara perlahan serta tidak menyakitkan dan dilakukan secara berterusan dapat membantu menambah saiz zakar?

PELAJAR U
Sintok, Kedah


JAWAPAN

Anggota sulit lelaki hanya mengembang, membesar dan padat apabila lelaki itu terangsang dan perlu menggunakan ereksinya untuk hubungan keintiman seksual.Jika tidak perlu digunakan, ereksi itu akan reda dan dalam sekelip mata zakar akan kendur. Kesemua ini ialah proses semula jadi. Jadi anggota sulit lelaki itu tidak perlu besar, kembang dan erek padat sentiasa kerana ini akan menyukarkan pergerakan lelaki.Zakar besar dan erek padat ketika hendak digunakan saja jika tidak ia akan mengendur selalu. Walaupun ereksi spontan boleh berlaku, ia sekejap saja. Kemudian, zakar yang besar tadi akan kelihatan kecil serta mengecut. Ini juga semula jadi.Kerakusan lelaki dalam soal saiz dan bentuk anggota sulit sehingga sanggup menjalani kaedah menyuntik, mengepam dan mengurut zakar untuk membesarkannya menyebabkan mereka mengalami masalah kesudahannya.Mereka yang menyuntik zakar akan mendapat zakar yang sentiasa besar, tetapi tidak berguna dan menyakitkan, sentiasa besar dan radang dan menyukarkan pergerakan. Kesudahannya terpaksa menjalani pembedahan untuk mengecilkannya.Bagi mereka yang menggunakan pam pula, mempunyai kulit yang gelebeh, gelap dan zakar kendur macam lelaki tua. Segala minyak urut dan macam-macam dibuat untuk memulihkannya tetapi tiada apa-apa perubahan, hanya alahan kulit dan kerugian wang yang banyak.Jika anda gunakan akal, anda akan dapati mengurut zakar tidak akan memberi kesan positif yang anda inginkan itu. Jika tersalah urut atau tarik, anggota yang lembut itu boleh jadi terkulai jika otot tambat tertarik. Ini boleh berlaku apabila tukang urut melakukan urutan kepada zakar. Ditariknya dengan kuat dan tersentap, berbunyi macam sesuatu terputus. Saya pernah mengendalikan kes zakar terkulai. Itu kerja gila namanya.Menuap zakar dengan benda panas. Apa kerjanya itu? Nanti kulit celur atau buah zakar masak. Ini bukan rawatan, macam hendak aniaya orang saja.Memang menuap itu akan meningkatkan perjalanan darah tetapi bukan dalam otot zakar, hanya bahagian luar saja.
MORAL: Gunakan Air Panas yang sedang-sedang suamnya agar tidak mengakibatkan zakar melecur. Tuam air panas baik untuk peredaran darah zakar..Ttp bukan untuk pembesaran saiz zakar....

DOKTOR KARUT TIPU!!!..



KINI terdapat banyak ‘pakar kesihatan lelaki’ yang tidak bertauliah yang menghasilkan pelbagai pendekatan dan teknik yang tidak pernah diuji kononnya dapat membantu lelaki tanpa menjalani pemeriksaan betul. Lelaki mudah sangat mempercayainya dan kesudahannya menanggung derita akibat daripada amalan dan penggunaan produk berbahaya.‘Doktor’ karut ini juga mempunyai laman web yang mempamerkan barangan mereka dengan memasukkan maklumat dan nota yang diceduk dari laman web profesional untuk menipu pelanggan. Jadi tidak hairan jika produk yang bukan-bukan seperti minyak lintah, krim lintah, pam vakum dan segala cincin penambat zakar pelbagai bentuk dan nama diketengahkan sebagai produk profesional.Malangnya, semua produk ini tidak pernah dikaji atau diuji secara klinikal sebelum dijual. Ada juga sebilangan pengeluar produk tanpa ujian ini mengiklankan produk mereka di kaca televisyen (TV).Saya beri penjelasan yang panjang lebar ini, kerana seorang pembaca mengadu ada masalah mempunyai tiga buah zakar iaitu dua bercantum sebelah kanan dan sebiji sebelah kiri dengan semuanya sama saiz. Dia juga mengalami masalah zakar tertarik ke dalam dan cuba menggunakan sensa pump, tetapi gagal.Saya percaya dia sudah kena tipu kerana membeli sensa pam untuk menyelesaikan masalahnya. Apa tujuan dia membeli pam juga tidak jelas. Pam vakum hanya untuk lelaki yang mengalami masalah disfungsi erektil atau mati pucuk bukan untuk besarkan zakar atau untuk senaman zakar.Kegunaan pam vakum suatu ketika dulu ialah untuk lelaki yang mengalami mati pucuk tetapi kini ada banyak opsyen lain yang lebih sesuai seperti ubat PDE5-Inhibitor antaranya Viagra, Cialis dan Levitra.Pam vakum hanya digunakan apabila tiada opsyen lain. Jadi waktu hendak bersama barulah pam vakum digunakan untuk menyedut darah ke dalam liang otot zakar dan apabila ereksi berlaku, getah penambat dilepaskan ke pangkal zakar supaya ereksi kekal dan lelaki itu boleh melakukan seks penetratif dengan pasangan.Penambatan zakar tidak boleh melebihi setengah jam, jika lebih zakar akan jadi sejuk dan lebam. Malah jika tekanan pam dilakukan secara kuat, kulit zakar boleh gelembung. Lelaki yang kerap gunakan pam vakum untuk ‘senaman’ akan dapati kulit zakar gelebeh dan berwarna gelap dan zakar akan kelihatan kendur seperti yang anda alami.Sebenarnya pam vakum ini banyak disalahgunakan, terutama untuk tujuan membesarkan anggota sulit. Malangnya, alat ini tidak akan membesarkan anggota sulit lelaki dan ia perbuatan sia-sia yang boleh merosakkan zakar.Banyak lelaki sedar yang mereka hanya ada sepasang buah zakar dalam kerandut. Terdapat juga sebilangan kecil lelaki yang hanya ada satu buah zakar dalam kerandut dan paling jarang sekali tiada buah zakar. Buah zakar mereka itu sebenarnya tersangkut dalam perut pada peringkat kanak-kanak lagi. Sepatutnya buah zakar itu diturunkan ke dalam kerandut buah zakar dari peringkat kanak-kanak lagi.Tetapi kes pembaca itu, dia ada ‘tiga’ buah zakar. Sebenarnya jika anda rasa buah zakar anda melalui pemeriksaan kendiri buah zakar, anda akan dapati pundi epididimis di sebelah buah zakar. Ia lembut dan ada terasa macam ketulan di bahagian bawah.Ini normal, jarang kali terdapat cista di pundi epididimis. Cista atau ketumbuhan salur dalam pundi epididimis ini boleh membesar sehingga ia boleh terasa macam ‘buah zakar’. Cista ini boleh berlaku akibat keradangan salur dalam pundi epididimis dan kekal untuk seketika. Jarang kali ia ketumbuhan barah.Jadi untuk semua lelaki, mustahak untuk melakukan pemeriksaan kendiri buah zakar dari semasa ke semasa untuk mengesan perubahan yang boleh berlaku pada buah zakar.Jika was-was, mustahak untuk merujuk kepada doktor dan bukan tukang urut. Salah urut anda boleh jadi mandul. Jika barah, lagi serius!Saya berterima kasih kepada pembaca terbabit kerana berani bertanya masalahnya, jadi dia sudah tahu sekarang yang dia diperdayakan orang yang tidak bertanggungjawab untuk membeli pam, kononnya untuk memulihkan zakar sebaliknya makin teruk.Apa yang hendak dipulihkan, zakar akan mengendur apabila tidak erek, itu memang biasa. Apa yang mustahak zakar masih mampu mencapai ereksi. Masalah ketumbuhan perlu jumpa doktor dan jika perlu dia akan merujuk anda kepada pakar yang berkaitan.
MORAL: Jangan Menggunakan Produk Pembesaran zakar Di Pasaran Yang Tidak Terbukti Keberkesanannya..Ingat Alat Sulit Kita Hanya Ada Satu...Untuk Mengubah Saiz Zakar Dengan Selamat dan terbukti kebekesanannya di makmal malah telah mendapat Anugerah Sila KLIK DISNI

Saturday, November 8, 2008

SAKIT SELEPAS HUBUNGAN KELAMIN

SOALAN
ISTERI saya terasa sakit setiap kali kami melakukan hubungan seks. Ada kalanya kami gunakan bahan pelicin, tetapi dia mahu lakukan dengan cara biasa. Saya ingin tahu cara melakukan seks yang betul dan merangsang isteri supaya dapat menghasilkan kelembapan pada kemaluannya.
~HAMDI~
Seberang Prai

JAWAPAN
Bagi melakukan hubungan kelamin yang lebih memberangsangkan, kedua-dua pihak perlu bekerjasama untuk menjayakannya.Wanita perlu pandu suami ke bahagian tubuh yang merangsangnya dan dengan sentuhan intim yang dilakukan suami, sudah tentu wanita itu sampai ke peringkat ghairah dan berhajatkan hubungan intim seksual.Dalam keadaan wanita bersedia dengan kelembapan di pintu pembukaan faraj, penembusan ereksi boleh dilakukan padanya.Dia perlu memposisikan tubuhnya untuk memudahkan suami melakukan penetrasi dan menyalurkan ereksi ke arah faraj dan memasukkannya sambil melegakan pembukaan faraj (dengan melegakan otot kemutan seperti macam hendak kencing atau buang air besar).Perjalanan ereksi menjadi lebih selesa untuk kedua-dua pihak. Mereka boleh menggunakan bahan pelicin yang disapukan di bahagian luar pembukaan faraj atau menggunakan air liur.Apabila kelembapan meningkat dalam faraj, perjalanan menjadi lebih selesa dan mudah untuk mereka menikmati kemuncak.Pasangan kelamin perlu ingat, hubungan keintiman seksual adalah nikmat pemberian Tuhan dan mereka berhak mengecapi nikmat itu dalam konteks perkahwinan saja.Hubungan seks luar perkahwinan adalah haram.Apabila klimaks berlaku dan ereksi yang kendur dikeluarkan, untuk mengelak air mani banyak keluar dari faraj, isteri anda perlu pastikan tidak mengemut faraj kerana angin dalam faraj keluar dan menolak air mani keluar.Untuk tujuan mendapat anak, isteri perlu pastikan dia tidak kemut selepas selesai bersetubuh dan mengekalkan posisi dan tidak bangun, malah terus tidur atau jika hendak ke tandas boleh lakukannya selepas setengah jam.Ketika itu sperma yang aktif sudah masuk ke dalam salur reproduktif

BENGKAK SEBELAH BUAH ZAKAR

SOALAN
BARU-BARU ini suami saya mendapati buah zakarnya bengkak sebelah, Dia berasa sungguh sakit sehingga kakinya tidak dapat diangkat. Dia diberi suntikan dan keadaan itu reda selepas empat hari mengambil ubat. Bagaimanapun, dia masih rasa sakit dan ada kalanya senak di bahagian perut dan buah zakarnya.
~INGIN TAHU~
Klang, Selangor



JAWAPAN
Buah zakar mempunyai penggantung sendiri dikenali sebagai ‘spermatic cord’ yang mengandungi salur sperma, pembuluh darah dan urat saraf serta lapisan otot.Apabila otot ini mencengkam, buah zakar tertarik ke atas. Ada kalanya tarikan itu kuat dan boleh menyebabkan lelaki itu terasa senak dan ini jarang berlaku.Ada kalanya bahagian ini besar kerana wujud gumpalan usus yang termasuk ke dalam kerandut melalui pembukaan antara kerandut dan perut, di mana keadaan ini dikenali sebagai hernia atau angin pasang.Jika benda besar dalam kerandut itu dipicit, akan terasa seperti angin dan ada kalanya ia mengempis tetapi akan kelihatan mengembang kembali.Keadaan ini dikenali sebagai angin pasang surut. Jika ia tidak surut, itu bermakna usus itu kekal dalam kerandut dan tidak dapat masuk balik ke dalam perut walaupun apabila dipicit.Ada kemungkinan usus itu boleh terpulas dan jalanan produk makanan yang dihadam akan terkandas dan tidak dapat bergerak ke bawah untuk keluar sebagai najis.Jika ini berlaku, lelaki itu akan mengalami kesakitan di bahagian kerandut dan perut yang serius.Masalah yang suami anda alami itu mungkin hernia, jika itu yang doktor nyatakan pada anda. Hernia hanya boleh dikendalikan melalui pembedahan pemulihan dan tiada cara lain.Cara pemulihan ialah melalui pembedahan, yang mana usus yang terkandas dalam kerandut akan dimasukkan kembali ke dalam perut dan bahagian pembukaan antara perut dan kerandut akan ditutup.Jika apa yang suami anda alami itu lain, mungkin dia perlu dapat penyelesaian sepatutnya dan bukan sekadar mendapat kelegaan seketika yang mana masalah sama boleh berulang.Jika masalah yang suami anda alami menyakitkan, sudah tentu ini menjejas kemampuannya untuk melakukan hubungan seksual memandangkan kesakitan itu berlaku dekat anggota sulitnya.Jika masalahnya ada kaitan dengan buah zakar, kemungkinan buah zakar yang radang tidak dapat berfungsi dengan baik dan kilang sperma boleh terjejas kemudian hari.Lebih baik dia jumpa pakar bedah jika bengkak itu kekal dan menyakitkan, dan doktor pakar dapat menyelesaikan masalah suami anda jika bengkak itu hernia.Jangan sekali-kali berjumpa tukang urut kerana jika hernia atau apa-apa organ yang bengkak itu diurut, nescaya akan menjadi lebih mudarat.

BIMBANG TIADA KEPUASAN

SOALAN
SAYA berusia 26 tahun dan mendirikan rumah tangga pada Mei lalu. Masalah saya, selepas empat bulan berkahwin, saya kerap ‘tewas’ awal setiap kali bersama isteri, sedangkan sebelum ini saya mampu bertahan lama serta memuaskan isteri.
~FARID~
Kuala Lumpur


JAWAPAN
Perkara yang anda alami sering terjadi pada semua lelaki pada peringkat awal perkahwinan apabila anda baru mula berjinak-jinak dengan persetubuhan dengan pasangan.Anda akan dapati, jika tusukan hanya menggunakan penghujung anggota sulit anda menusuk faraj, sudah tentu bahagian yang amat sensitif itu mudah terangsang dan sukar dikawal, terpancut terus dan tidak sempat mengawalnya.Jika anda masukkan keseluruhan anggota sulit dalam corong faraj sehingga ke pangkal zakar dan hanya bergerak sedikit iaitu menarik dan menolak ereksi sedikit dalam keadaan ereksi anda keras dan padat, anda dapat kekal lama kerana bahagian ereksi yang anda gunakan iaitu pangkal zakar tidak sensitif.(Ereksi boleh dipadatkan dengan mengemut atau mencengkam otot lubang najis dan lubang kencing seperti menahan kencing atau menahan kentut).Kaedah persetubuhan berdaya tahan ini dikenali sebagai teknik bersepadu atau ‘Coital Alignment’. Untuk meningkatkan kesedaran, penghujung zakar anda boleh gunakan krim perapi anggota sulit yang dirumuskan khusus iaitu krim perapi genital ‘virile’ untuk lelaki.Krim ini sudah diuji kaji dan didapati mampu meningkatkan kesedaran dan keyakinan, namun ia bukan krim seks atau untuk membesarkan zakar. Tiada krim sebegitu

20% SPERMA AKTIF

SOALAN
SAYA menjalani ujian SFA di hospital dan mendapati hanya 20 peratus (%) daripada sperma saya yang aktif. Apakah ia memberi kesan kepada lambatnya mendapat cahaya mata? Apakah penyebab sperma yang tidak aktif dan ada penyelesaian untuk memulihkan sperma?~NASRUDIN~
Kota Bharu, Kelantan


JAWAPAN
Ujian air mani ialah satu-satunya ujian kesuburan untuk lelaki yang memberi maklumat keadaan benih mengenai kewujudan, keaktifan dan bentuk sperma.Jika lelaki itu menyimpan air maninya lebih seminggu, sebilangan besar benih kelihatan kurang aktif dan semakin lama keluar dari kilang.Sperma lelaki yang kurang sihat juga akan kelihatan kurang aktif, apa lagi jika lelaki itu demam beberapa hari sebelum dia keluarkan air maninya.Jika air mani dikeluarkan sebelum seminggu, sperma kelihatan lebih aktif. Jadi mustahak untuk lelaki itu menjalani beberapa kali ujian air mani sebelum dapat menentukan keadaan sperma.Jika ujian air mani dilakukan beberapa kali, seperti tiga kali dengan jarak satu atau dua minggu mendapati profil sperma kurang aktif, sah kualiti sperma bermasalah dan pemeriksaan susulan perlu dilakukan.Pemeriksaan susulan yang dimaksudkan ialah memeriksa pakaian dalam lelaki itu dan keadaan buah zakar, jika ada perubahan seperti varikosel atau gumpalan dan kebengkakan pembuluh darah ven kerana kedua-dua situasi itu mendedahkan buah zakar ke suhu lebih tinggi yang boleh mengakibatkan sperma menjadi kurang aktif.Memakai seluar dalam yang tidak menampung buah zakar seperti ‘boxer shorts’ dapat membantu dan jika ada ‘varikosel’, pembedahan untuk mengikat saluran ven itu dilakukan supaya tiada takungan darah dalam ven yang membuatkan ven itu mengembang dan memanas daripada berlaku.Selain itu, anda dinasihatkan tidak berjemur, berendam dalam kolam air panas atau pergi ke sauna. Jika lelaki itu melakukan pekerjaan yang membuatkan anggota reproduktifnya terdedah kepada bahang seperti berkerja dekat bahan panas, ketuhar, dapur panas atau bekerja sebagai tukang kimpal, mustahak untuk lelaki itu bertukar kerja.

TEKANAN MATI PUCUK


JARANG terdengar pasangan menjalani pemeriksaan kesihatan sebelum melangsungkan perkahwinan, kecuali jika mereka was-was mengenai tahap kesihatan yang boleh mempengaruhi perkahwinan secara negatif.Jadi, tidak mustahil ada individu menjalani pemeriksaan tertentu untuk mengenal pasti tahap kesihatan. Lelaki yang ada masalah atau gangguan ereksi akan berasa was-was untuk berkahwin kerana takut tidak dapat melakukan hubungan seksual dengan pasangan.Ada yang khuatir mengenai saiz dan bentuk zakar, takut tidak dapat memuaskan pasangan dan ada yang takut dirinya mandul kerana hanya ada satu atau tiada buah zakar dalam kerandut. Ada pula yang bimbang kerana ada buah zakar kecil atau mempunyai varikosel (pembuluh darah berpintal).Semua keraguan ini perlu mendapat perhatian sewajarnya dan bukan sekadar memikirkannya. Jumpa doktor pakar dalam pengendalian masalah itu.Mati pucuk bererti lelaki itu tidak mampu mencapai ereksi yang mencukupi dan kekal untuk memasukkannya ke dalam faraj pasangan.Lelaki yang mati pucuk ada perasaan dan nafsu syahwat. Dia rasa tertekan kerana tidak dapat melakukan perkara yang menyeronokkannya dan tidak hairan jika dia mengalami perubahan mood dan tingkah laku negatif.Jarang lelaki muda mengalami mati pucuk. Jika ia berlaku, mungkin ada masalah kesihatan yang terselindung dan elok dia berjumpa doktor untuk pemeriksaan dan rawatan.Kini rawatan moden dapat membantu sebilangan besar lelaki mati pucuk. Rawatan tradisional seperti urut tidak berkesan, malah memudaratkan. Jangan percaya pada kefahaman karut dan khurafat kononnya mati pucuk akibat buatan orang.Yang mustahak, lelaki yang mengalami mati pucuk perlu memahami dia tidak bersendirian dalam masalah ini.Kajian di Malaysia mendapati 2.3 juta lelaki Malaysia berumur 40 tahun dan ke atas mengalami mati pucuk dan angkanya mungkin lebih jika turut dimasukkan jumlah lelaki yang muda. Soalnya, jangan mendiamkan diri, sebaliknya dapatkan bantuan doktor.Mati pucuk boleh mengakibatkan masalah kesuburan kepada pasangan kelamin kerana suami tidak dapat memasukkan ereksi ke dalam faraj isteri untuk menyalurkan air mani yang mengandungi sperma.Jika air mani dapat dimasukkan ke dalam faraj perempuan sama ada doktor yang melakukannya melalui prosedur penyemaian mani berhadas (artificial insemination husband) atau suami itu sendiri (mengeluarkan air mani secara onani dan menyuntiknya ke dalam faraj dengan alat penyuntik tanpa menggunakan jarum).Zakar yang tidak erek pun boleh terpancut air mani jika dirangsang. Wanita yang prihatin mengenai hal ehwal kesihatan pasangan atau kawan, tidak salah untuk memberi sokongan dan motivasi kepada kawan atau pasangan supaya mereka berjumpa doktor untuk pemeriksaan

PENYAKIT KENCING KOTOR


SATU daripada kaedah merancang keluarga ialah al-Azaal yang biasa diamalkan oleh lelaki untuk menjarakkan kehamilan. Al-Azaal adalah memancutkan air mani di luar faraj isteri.Lelaki yang mengamalkan kaedah ini perlu mempunyai daya kawalan ejakulasi yang kukuh. Jika tidak, air mani boleh tercicir ketika melucut keluar kemaluan dari faraj.Daripada kajian yang pernah dilakukan di Pakistan mengenai amalan al-Azaal, didapati kadar lelaki Pakistan yang menghidap penyakit kencing kotor meningkat berbanding mereka yang tidak mengamalkan kaedah merancang secara semula jadi ini.Ini berlaku ketika lelaki yang mengamalkan kaedah merancang ini menahan pengeluaran air mani ketika hampir klimaks dan air mani termasuk ke dalam pundi kencing.Jika ada kuman dalam salur kencing, ia juga akan termasuk ke dalam pundi kencing dan membiak sehingga pundi kencing mengalami keradangan dan lelaki itu mengalami masalah kencing kotor.Sedikit perbezaan jika air mani dikeluarkan dengan tangan. Dalam cara ini kemuncak belum tiba dan zakar dilucut keluar dan langsung dirangsang untuk mencapai klimaks.Tidak mengapa jika pasangan perempuan sudah puas. Jika sebaliknya iaitu pasangan perempuan belum sampai kemuncak dan zakar dilucut keluar dan dirangsang sehingga klimaks, ini menimbulkan ketidakpuasan pada pasangan perempuan.Oleh itu, kena tunggu sampai klimaks dan baru melucutkan zakar. Ikut mana yang sesuai pada pasangan itu sama ada hendak melakukan sedemikian atau cara lain. Yang mustahak ialah kedua-dua pasangan bermuafakat dan selesa dengan kaedah diamalkan.Hubungan seksual perlukan tenaga dan keselesaan dan kedua-dua ini ada kaitan dengan jalinan hubungan yang baik dan amalan gaya hidup sihat.Pastikan mengambil makanan yang seimbang dengan vitamin dan zat galian mencukupi (biasanya boleh didapati dalam makanan tambahan di farmasi), lakukan senaman secara berkala, elak merokok dan minuman keras serta tekanan.Hubungan yang mesra mengeratkan lagi keharmonian rumah tangga dan memantapkan hubungan silaturahim antara pasangan.Kedua-dua itu satu formula pemantapan hubungan seksual yang lebih intim dan membina. Amalan mengeluarkan ereksi dan melancap sehingga klimaks tidak menyebabkan masalah mati pucuk. Yang paling penting ialah jika anda merancang mendapatkan anak, anda perlu pancutkan air mani ke dalam faraj.

SEKS? IBARAT LARI 100 METER

SOALAN
BENARKAH, setiap kali mengadakan hubungan seks, kita kehilangan 500 kalori, iaitu sama seperti berjoging? Diharap doktor dapat memberi penjelasan.

ASMADI ABU
Jinjang, Kuala Lumpur

JAWAPAN

Hubungan keintiman seksual boleh diibaratkan satu senaman menyeluruh, yang mana semua otot badan dalam keadaan aktif serta perubahan yang berlaku kepada metabolisma badan yang meningkat ketika hubungan seksual lancar selain peningkatan tekanan darah dan degupan jantung ke tahap cemerlang.Ia juga meningkatkan pernafasan dan aktiviti otot pernafasan yang cergas serta pengeluaran hormon Oxytocin dan Beta-Endorfin yang menyegar dan merangsang syahwat.Jadi tidak salah jika aktiviti itu dikatakan memerlukan penggunaan tenaga yang banyak, seakan-akan menggunakan tenaga untuk ‘lari pecut 100 meter’ yang mana 200-500 kalori digunakan.Tidak salah juga jika dikatakan aktiviti hubungan seksual amat menyegarkan badan dan kesihatan jika kerap dilakukan.Malah, kajian yang pernah dijalankan di Australia menunjukkan hubungan seksual mengurangkan kemungkinan mati cepat (sudden death), meningkatkan silaturahim antara pasangan dan meningkatkan jangka hayat pasangan jika tahap kesihatan mereka mengizinkan.Jadi kepada pasangan yang tidak mengamalkan gaya hidup sihat, tidak bersenam, obes dan kerap mengalami tekanan, hubungan seksual menjadi bebanan dan mereka akan mencari alasan untuk tidak melakukannya.Jadi untuk yang merasa letih dan lesu selepas bersama, pastikan anda amalkan gaya hidup sihat, lakukan senaman berkala dan jaga berat badan. Insya-Allah, hubungan keintiman seksual anda akan berkekalan sepanjang hayat.

SUKAR BUAT SEKS DENGAN ISTERI


SOALAN
SAYA baru mendirikan rumah tangga. Saya memiliki zakar berukuran panjang 16 sentimeter (sm) dan ukur lilit 12 sm. Masalahnya sekarang, kami sukar memulakan hubungan kerana zakar saya susah untuk dimasukkan. Apakah kerana saiz zakar saya atau mungkin saiz isteri saya menyebabkan masalah ini?
HATTA-Kluang, Johor
JAWAPAN
Zakar berukuran sederhana seperti 10 sm ketika erek dan 10 sm ukur lilit juga sukar disalurkan ke dalam faraj jika wanita itu tidak memberi kerjasama seperti melegakan pembukaan faraj dengan tidak mengemut, sebaliknya melonggarkan dengan mengembangkan otot pembukaan faraj.Malah dalam keadaan seriau, proses rangsangan anggota sulit perempuan tidak membina. Tisu pengembang anggota sulit wanita menjadi kurang elastik dan kekurangan bahan pelicin atau kelembapan faraj menjadikan sukar menyalurkan zakar yang erek ke dalam faraj.Jika wanita itu dapat rangsangan mencukupi dengan anggota sulitnya mengembang dan bibir besar dan kecil lega dan meluas sambil wujud lelehan dari pembukaan faraj, mudah untuk zakar yang erek itu masuk.Sama juga dengan zakar yang berukuran seperti anda. Jika anggota sulit perempuan mengembang dan lelehan cecair mencukupi, ia mudah masuk. Sedangkan bayi yang besar itu boleh keluar, inikan pula zakar yang jauh lebih kecil berbanding bayi.Guna banyak bahan pelembap dan pastikan pembukaan faraj lega dan terdedah. Sekali sudah masuk, lain kali akan jadi biasa saja.

SAIZ BUKAN MASALAH


BAGI lelaki, jika ada yang tidak kena dengan keadaan alat sulit mereka, ia pasti menimbulkan panik. Sebagai contoh, saya kerap menerima aduan mengenai buah zakar yang saiznya tidak sama.Hakikatnya ada lelaki mempunyai buah zakar seperti itu, tetapi ia bukan masalah jika saiz kedua-dua buah zakar dalam lingkungan normal, iaitu tidak kurang dari 10 milimeter (ml), iaitu lebih kurang setengah ibu jari kaki.Jika kurang daripada saiz itu, kemungkinan tumbesaran buah zakar terencat. Jika buah zakar itu lebih besar daripada 30ml atau satu setengah ibu jari, kemungkinan pundi epididimis atau selaputnya mengembang (hidrosel).Ada juga kes lelaki mempunyai satu buah zakar tetapi dalam 100,000 orang hanya seorang berdepan masalah itu.Masalah dikenali sebagai kryptorkidismeia itu membabitkan keadaan buah zakar memang tiada atau tidak menjadi dan hanya boleh dikesan menerusi ujian pengimbasan. Secara saintifik, buah zakar ketika janin berkembang dalam rahim ibu ialah organ yang berkedudukan dalam perut. Tiba bulan keempat dan lima, kedua-dua buah zakar itu menurun dan keluar dari badan serta masuk ke kerandut.Kadangkala perjalanannya terentap dan bayi lelaki itu didapati hanya ada satu buah zakar. Jika dibiarkan tanpa membuat apa-apa, 50 peratus turun ke dalam kerandut.Namun jika masuk dua tahun masih tiada, kebanyakan pakar bedah kanak-kanak melakukan pembedahan untuk memasukkan buah zakar yang terkandas itu ke kerandut buah zakar.Begitupun, ada lelaki yang mempunyai buah zakar yang kadangkala tidak kelihatan dalam kerandut. Buah zakar seperti itu dikenali sebagai buah zakar yang mudah tertarik ke atas atau ‘retractile testis’.Ia disifatkan jarang berlaku. Memang buah zakar yang kerap naik ke atas sedikit kecil daripada buah zakar yang kekal dalam kerandut. Ia mungkin ada kena mengena dengan tumbesarannya yang kerap tergendala kerana perubahan kedudukannya.Daripada segi hubungan seksual, jika ada sebuah zakar normal sudah mencukupi untuk mendapatkan zuriat, melainkan ia tidak dapat berfungsi dengan baik.Bagi lelaki yang berdepan masalah buah zakar, seelok-eloknya buat pemeriksaan doktor. Jangan berjumpa tukang urut atau bomoh untuk membetulkan keadaan buah zakar.Ini kerana, kaedah urutan seperti menarik buah zakar ke bawah dengan tujuan mengekalkan kedudukannya dalam kerandut berisiko menyebabkan urat dan salur darah tercedera, malah buah zakar boleh rosak.

My Lecturer html Headline Animator