JAWAPAN
Pemeriksaan kesuburan untuk lelaki amat mudah jika dibandingkan dengan perempuan. Hanya dengan ujian air mani, kedudukan kesuburan lelaki dapat diketahui. Jika tiada sperma, bermakna lelaki itu tidak dapat memberi benih untuk menghasilkan kehamilan kepada pasangan. lelaki itu mandul. Mereka boleh dapat anak angkat jika ingin berkeluarga.Kini pemeriksaan kesuburan untuk lelaki bukan itu saja, malah pelbagai lagi malahan lebih rumit daripada pemeriksaan kesuburan untuk perempuan jika institusi yang menjalankan pemeriksaan kesuburan lelaki ada kemudahan.Jika ujian air mani itu didapati tiada sperma, ujian air mani susulan akan dilakukan beberapa minggu kemudian. Jarang berlaku ejakulasi tidak habis dan sperma tiada dalamnya. Lepas buat kali kedua, baru ternampak benih.Sekiranya ujian air mani itu masih tiada benih, air mani akan diteliti (centrifuge) untuk menentukan jika terdapat sperma
yang tidak bergerak atau sperma yang tidak berekor dalam air mani kerana jika ada sperma ini, masih boleh cuba dapatkan kehamilan melalui kaedah ICSI (menyuntik sperma kedalam telur).Jika tiada sperma langsung pemeriksaan susulan yang akan dilakukan ialah untuk memastikan sama ada ketiadaan sperma itu akibat salur sperma tersumbat atau kilang sperma rosak dan tidak dapat menghasilkan sperma yang matang. Pemeriksaan susulan yang akan dilakukan termasuk berikut:
Pemeriksaan Buah Zakar:Kedua-dua buah zakar diperiksa untuk mengenal pasti jika keadaan buah zakar normal, ada pundi epididimis dan salur sperma kerana ada keadaan kedua-dua struktur itu tiada. Jika tiada, cara mengeluarkan sperma ialah melalui pembedahan epididimis untuk mengumpul sperma atau membedah bahagian tengah buah zakar untuk mengumpul sperma yang mana sperma ini akan digunakan untuk kaedah ICSI.Jika pembuluh darah kembang atau bengkak, keadaan ini dikenali sebagai ‘varikosel’. Jika ada varikosel, sama ada tahap varikosel ketara sehingga buah zakar lembik. Ini yang boleh menyebabkan gangguan kepada fungsi kilang sperma dan tiada sperma.Rawatannya ialah memperbaiki varikosel itu melalui pembedahan kecil untuk mengikat pembuluh darah. Selepas tiga hingga enam bulan, ujian air mani susulan dilakukan untuk mengenal pasti jika terdapat sperma.





No comments:
Post a Comment