CARIAN MASALAH SAIZ ZAKAR

Sunday, December 21, 2008

BIMBANG TIADA ANAK

Soalan
SAYA ingin bertanya doktor, adakah saya berpeluang mendapat cahaya mata jika saya berjauhan dengan isteri dan hanya sekali seminggu melakukan hubungan seks? Bolehkah saya mendapat cahaya mata hanya pada masa seminggu sekali?
NADRI
Kepala BatasPulau Pinang

Jawapan
Perkara ini bukan anda saja yang mengalaminya, malah banyak pasangan muda lain. Selain pasangan yang tinggal berjauhan, ada yang bekerja setiap hari dan kerja ikut syif, walaupun duduk serumah namun tiada masa untuk berintiman dan jarang sekali merancang untuk dapat anak.Ada juga keadaan di mana pasangan menggunakan masa lapang mereka mengunjungi rumah ibu bapa atau bersosial, sedangkan jarang mengambil masa untuk bersama. Di Singapura, keadaan ini dikenali sebagai Sindrom Dua Gaji Tiada Seks!Jadi keadaan yang anda alami itu lebih baik. Anda dapat juga bersama pasangan anda sekali seminggu dan jika kebetulan pada waktu itu isteri anda menghasilkan telur, kemungkinan dia boleh hamil. Di samping itu, anda dan pasangan perlu uruskan kedudukan anda berdua supaya lebih kerap dapat bersama, terutama pada waktu isteri subur.Anda atau isteri boleh ambil cuti dan jika selepas cara sedemikian masih belum ada apa-apa tanda kehamilan setelah mencuba sekurang-kurangnya enam bulan, anda dan isteri perlu berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan kesuburan.
Anda akan dicadangkan menjalani ujian air mani dan isteri anda menjalani ujian darah untuk menyukat hormon kesuburan bagi menentukan sama ada dia menghasilkan telur. Jika itu tiada masalah, doktor akan cadangkan dia menjalani ujian x-ray rahim dan salur telur yang dikenali sebagai HSG jika rahim dan salur telur sihat.Jika perlu, doktor keluarga itu akan merujuk anda berdua kepada pakar kesuburan. Anda dan pasangan anda tidak boleh tunggu lama untuk menjalani pemeriksaan kesuburan, lebih-lebih lagi jika sudah lama mencuba tapi belum ada hasil.Selain itu, anda dan pasangan perlu tahu yang umur mempengaruhi tahap kesuburan, lebih-lebih lagi umur isteri. Jadi berusahalah untuk merancang mendapat anak secara serius.

HUBUNGAN SEKS HAMBAR

Soalan
SAYA sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak berumur dua tahun lebih. Kehidupan agak selesa memandangkan kami bekerja dalam bidang profesional. Selepas kelahiran anak pertama, kehidupan seks kami tidak lagi sehebat dulu kerana isteri tidak berminat melakukan hubungan seks. Seminggu sekali pun susah untuk diajak bersama.
AHMAD IDHAM
Kuala Lumpur


Jawapan
Lelaki dan perempuan dijadikan Tuhan mempunyai fitrah semula jadi yang juga termasuk keinginan nafsu, naluri dan syahwat seksual yang memerlukan tindak balas yang membina dalam hubungan stabil iaitu hubungan perkahwinan.Nampaknya daripada keluhan saudara, perkara itu seolah-olah tidak berlaku dan kini anda menderita dalam diam kerana kelakuan isteri yang tidak memainkan peranannya walaupun agama sudah menunjukkan jalan.Anda boleh bawakan perkara ini ke tengah, mendapatkan bimbingan bersama isteri di pejabat agama atau buat temujanji di mana mana pejabat LPPKN.Jika isteri anda ada masalah kesihatan yang membuatkannya sukar hendak bersama, anda perlu dapatkan bantuan perubatan dan jumpa dengan pakar kesihatan yang berkaitan.
Kini ada pakar seksologis seperti Klinik Cinta atau Love Clinic yang dikendalikan oleh sekumpulan pakar di Damai Service Hospital di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.Pendek kata, tiada sebab kenapa pasangan muda seperti anda dan pasangan dalam keadaan tertekan, lebih-lebih lagi anda yang mengalami kesan tekanan akibat kurang hubungan intim. Saya pasti bukan anda saja yang mengalami masalah itu, ramai lagi menanggung penderitaan itu kerana sikap pasangan yang pentingkan diri.Bukan lelaki saja yang menanggung penderitaan itu, malah ada juga isteri yang tidak diendahkan suami dalam keperluan seksual mereka.

SALURAN AIR KENCING DITENGAH

Soalan
SAYA mempunyai anak lelaki berusia setahun. Masalah anak saya ialah, saluran kencingnya tiada di zakar, sebaliknya di tengah-tengah telur. Di sebelah kanan karung telurnya ada air dan sebelah kirinya telur di luar karung.Saya membawa anak ke pusat perubatan di Petaling Jaya untuk rawatan susulan. Apa yang dimaklumkan doktor di sana berbeza-beza. Ada yang mengatakan anak saya boleh lakukan pembedahan pada usia dua tahun dan ada yang mengatakan lima tahun.Kali ketiga saya ke sana untuk membuat rawatan, doktor menarik zakar anak saya hingga koyak di kiri dan kanan penghujung zakarnya. Apa yang saya lihat zakar anak saya bersambung dengan kerandutnya.
NOR ASIKIN
Klang, Selangor




Jawapan,


Anak anda mengalami kecacatan anggota kelamin dan keadaan ini dikenali sebagai hipospadias. Anda perlu rujuk kepada pakar bedah kanak kanak yang mahir.

Monday, December 15, 2008

ZAKAR BENGKOK

This summary is not available. Please click here to view the post.

ZAKAR TIBA-TIBA MEMBENGKAK

Soalan
KEMALUAN saya membengkak secara tiba-tiba. Ia tidak sakit dan saya tiada masalah untuk membuang air kecil. Saya juga baru saja berkahwin, oleh itu saya risau sekarang.
LUKMAN
Taman Medan, Petaling Jaya

Jawapan;
Anggota kelamin berubah apabila dalam keadaan terangsang. Kadangkala perubahan secara spontan boleh berlaku tanpa rangsangan dan ini boleh membuatkan lelaki itu rasa segan apabila perkara itu berlaku di khalayak ramai.Namun apabila yang bengkak itu bukan ereksi tapi kulit bahagian anggota kelamin, perkara itu boleh berlaku akibat keradangan yang berpunca daripada alahan atau tekanan yang berlaku kepada anggota itu.Tekanan yang dimaksudkan itu ialah hubungan seksual yang dilakukan secara lama. Kebengkakan itu memang tidak menyakitkan dan ia boleh reda beberapa jam kemudian.Jika anda hendak redakan keadaan bengkak itu dengan cepat, mungkin anda boleh demahkan tempat yang bengkak dengan ais. Sekiranya kebengkakan itu berpunca daripada terkena gigitan unggas atau akibat alahan makanan atau ubatan, ia akan reda apabila kesan tindak balas alahan itu berkurangan.Jika hendakkan keredaan itu cepat, doktor boleh memberi suntikan ubat nyah radang dan nyah alahan.

Sunday, December 7, 2008

MASALAH SEKS SEBAB BERMADU

SEBILANGAN lelaki suka menunjukkan kehandalan mereka dengan berkahwin lebih daripada satu. Yang merana bukan isteri, sebaliknya mereka juga. Apa tidak, setiap isteri memberi tekanan, hendakkan masa bersama dengannya, mahu menjadi isteri yang istimewa.Akibat persaingan antara isteri, badan suami merana. Seks tidak seronok lagi untuknya kerana terpaksa melayani kerenah isteri yang makin lama makin mencabar. Pada waktu itu baru terasa bermadu itu tidak lagi manis, masam dan pahit. Lebih-lebih lagi jika mula mengalami masalah kesihatan. Dalam keadaan tertekan, simptom penyakit menjadi lebih ketara. Mood dan minat melakukan seks kurang apabila perasaan syahwat mula tergugat.Jika dulu mudah mencapai ereksi walaupun hanya melihat bayangan isteri, kini tidak lagi. Tengok isteri tercegat depan mata tanpa pakaian pun tidak jadi apa-apa.

Tidak lagi mendongak, malah terlentuk. Ketika itu baru sedar langit tinggi rendah. Hendak bermadu konon.Perkahwinan itu satu tanggungjawab, bukan setakat hendak menjamu selera. Jika sudah buat pilihan, sepatutnya anda membuat persediaan seperti mengetahui bukan saja kemampuan harta benda dan wang ringgit, tetapi juga kesihatan.Bukan saja kesihatan ketika itu, malah kesihatan masa depan dengan mengambil kira penyakit keturunan. Jangan lupa pula penyakit akibat tekanan. Ini besar pengaruhnya kepada tahap kesihatan anda secara menyeluruh dan bayangkan ancamannya kepada hubungan dengan semua pasangan anda, ‘mati berdiri’ kata orang.Apa hendak dibuat, jika bermadu, terima saja risiko kesihatan. Tiada lelaki yang ada lebih satu isteri duduk senang lenang.

Ada saja masalah. Jika lelaki itu berkahwin tanpa memberitahu isteri, kahwin ‘curi’ atau ‘sembunyi’, bayangkan tekanan yang mereka alami, jantung berdebar-debar, takut jika pecah tembelang, nahas nanti.Jangan pula fikir masalah selesai apabila isteri tahu. Perang dingin selama-lamanya. Jadi tidak hairan jika mereka kerap jumpa doktor untuk masalah kesihatan dan didapati mereka lebih kerap menjalani rawatan pelbagai penyakit seperti masalah kolesterol tinggi dan sakit koronari.Bagi sebilangan lagi yang berkahwin dengan izin dan pengetahuan isteri atau berkahwin lagi atas sebab tertentu, mungkin keadaan mereka berbeza. Lelaki tidak rasa tertekan dan isteri tidak perlu berebut masa bersama, selain tidak memberi tekanan kepada pasangan. Mereka dapat menunaikan kewajipan syahwat tanpa tekanan dan mengikut kemampuan.Namun yang banyak kita dengar ialah cerita seronok saja, seolah-olah bermadu semacam nikmat di syurga dengan bidadari, sedangkan realitinya tidak sebegitu.Bagi lelaki bermadu dan memerlukan tips penjagaan kesihatan, senaman untuk stamina, kekuatan fizikal dan ditambah dengan senaman kegel (senaman kemut) untuk lelaki. Anda boleh mengawal tahap dan kekuatan ereksi ketika bersama isteri.

Anggota seksual anda sentiasa mantap jika senaman itu dijadikan amalan. Maklumat senaman ini ada dalam laman web www.kegelexcercise.com.Secara ringkas, ketika hendak lakukan kemut, pastikan kedua-dua paha rapat, cengkam lubang najis dan sekali gus tahan kencing dan kekalkan cengkaman itu antara lima hingga 10 saat. Lakukan dalam 10 cengkaman setiap sesi senaman itu dan lakukan lima kali sehari atau pada bila-bila masa.Lakukan sentuhan dan belaian lembut kepada anggota kelamin dua kali sehari selepas mandi dan guna krim pelembut kulit atau krim perapi anggota kelamin lelaki seperti krim ‘virile’ untuk lelaki. Mengikut saranan Imam al-Nawawi, anggota sulit perlu dibelai untuk menjaga dan menyegarkannya.Suplemen herba yang anda boleh amalkan untuk penjagaan kesihatan syahwat dan tenaga batin ialah mengambil ekstrak Tongkat Ali yang larut dalam air. Antara yang disyorkan ialah NU-PREP dan NU-PREP 75 serta dos pengambilan mengikut maklumat yang dipaparkan di depan botol.Yang lain saya tidak syorkan kerana tidak pernah diuji kaji keberkesanannya. Jangan makan ubat kuat dan ubat sembarangan seperti disyorkan kawan atau syarikat MLM yang kebanyakannya tidak berkesan.Lakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala memandangkan cabaran luar biasa anda yang berkahwin lebih daripada satu sedikit sebanyak boleh memberi kesan kesihatan. Jangan teragak-agak berjumpa doktor apabila mengalami masalah seksual. Ia boleh berlaku pada bila-bila masa. Untuk menyelesaikan masalah batin sila lawat http://www.x-tenderpenis.com/

Saya tidak galakkan mana-mana lelaki berkahwin lebih daripada satu kerana lambang kelelakian bukan pada bilangan wanita yang ditidurinya atau jumlah isteri.Berpasangan dengan wanita idamannya dan sama-sama mengecapi kebahagiaan serta keharmonian rumah tangga secara aman, tenang dan ceria. Ini hanya dapat dilakukan dalam perkahwinan suami dan seorang isteri. Bagaimanapun, ini hanya pendapat saya.

PERCAYA MITOS MINYAK LINTAH BOLEH MEMBESARKAN ZAKAR

SATU ketika dulu minyak ular amat popular di Amerika Syarikat (AS) untuk tujuan menguat dan membesarkan zakar, dan ia menyebabkan ular hampir pupus. Kini, khasiat minyak ular ini menjadi bahan cerita lawak apabila orang Amerika jumpa minyak yang dijual untuk tujuan sama.Saya pernah juga dengar beberapa pelancong dari Indonesia yang geli hati dengan orang kita yang mudah percaya dengan minyak lintah yang kononnya dapat membesarkan zakar memandangkan tiada kaitan lintah dengan saiz anggota sulit.

Hanya yang nyata ialah lintah yang kecut itu menjadi besar dan panjang apabila sedut darah manusia. Ya, lintah menyedut darah dan darah itu mengalir dengan senang akibat kandungan hirudin dalam salur air liur lintah.Lintah digunakan dalam bidang perubatan untuk melegakan kebengkakan dan air liurnya diproses sebagai ubat heparin untuk mencairkan darah beku. Ia tiada apa-apa kandungan yang lain untuk tujuan membesarkan zakar.Bagaimana pengusaha yang bijaksana itu dapat kaitkan minyak lintah dengan pembesaran zakar saya tidak tahu, tapi kata orang asalkan poket penuh, teruskan saja kerana sikat pun boleh dijual kepada orang botak!Kini, dalam pasaran ada pelbagai minyak dan krim untuk tujuan pemantapan alat sulit. Kebanyakan produk itu dapat kelulusan pihak berkuasa. Namun itu tidak bermakna produk itu dapat pengesahan.Sama ada produk itu benar-benar berkesan atau sebaliknya, itu isu lain pula. Jika anda layari laman web Kementerian Kesihatan (KKM), Unit Kawalan Perubatan, anda akan dapat melihat senarai produk perubatan yang diharamkan penjualannya.

Namun produk itu masih dijual di pasaran.Jika tiada orang beritahu, pegawai penguatkuasa perubatan KKM pun tidak tahu. Saya tidak pasti produk minyak lintah ini, jika sesiapa yang mendapati ada kesan sampingan atau risalah tidak benar tanpa kelulusan KKM, anda boleh buat laporan pada KKM dan tindakan sewajar akan dibuat oleh pihak itu.Bercerita mengenai produk kesihatan anggota kelamin, dua produk kesihatan anggota kelamin yang dikaji didapati memberi kebaikan kepada pengguna. Krim yang dimaksudkan itu ialah krim perapi anggota kelamin lelaki yang dikenali sebagai Virile cream untuk lelaki dan O'Must cream untuk wanita.Kedua-dua krim ini sudah diuji kaji dan didapati berkesan untuk kesegaran alat kelamin. Kajian kosmetik dan dermatologi mendapati krim ini tiada kesan alahan kepada kulit dan selamat digunakan.

Kedua-dua krim ini berdaftar dengan FDA (Amerika Syarikat).Saya terbabit dengan kajian krim itu dan berpendapat semua produk tradisional perlu diuji kaji supaya ia dipastikan benar-benar selamat digunakan. Produk yang karut, minyak lintah itu hanya memalukan, sedangkan Malaysia mampu menghasilkan banyak produk bertaraf antarabangsa

HIDAP GLANDULAR HYPOSPADIAS

SOALAN
SAYA berusia 26 tahun. Baru-baru ini saya perasan lubang dekat kepala zakar saya tidak sama dengan orang lain. Saya ada dua lubang. Lubang atas yang hujung kepala tak berfungsi. Saya dikatakan menghidap glandular hypospadias. Apa yang menjadikan kemusykilan saya, sama ada ia akan mempengaruhi aktiviti seks saya apabila berkahwin nanti?Setahu saya ia memerlukan pembedahan pembetulan dan lazimnya ia dilakukan ketika kanak-kanak. Harap doktor dapat membantu.
INSAN KELIRU
Johor Bahru, Johor
JAWAPAN
Mustahak untuk kita mengenali anggota kelamin kita supaya kita dapat menjaganya dengan baik dan merujuk kepada doktor sekiranya kita dapati ada perubahan fizikal atau fungsi anggota kelamin kita.Jadi lelaki disyorkan melakukan pemeriksaan kendiri anggota kelamin dengan meneliti zakar, kerandut buah zakar dan merasa kedua-dua buah zakar untuk mengenali sekiranya ada sesuatu yang luar biasa. Jika wujud sesuatu yang luar biasa, rujuk kepada doktor.Banyak lelaki tidak peka dengan keadaan anggota kelamin mereka dan hanya sedar apabila masalah serius berlaku. Anda perasan anggota kelamin anda mempunyai dua pembukaan lubang kencing yang mana lubang yang didapati di penghujung tidak berfungsi dan lubang yang didapati dibawah penghujung zakar berfungsi.Memang masalah anggota kelamin yang anda alami itu dikenali sebagai hipospadias dan pembukaan lubang yang berfungsi itu terbuka di pangkal kepala zakar maka istilah teknikal perubatan digunakan ialah ‘glandular hypospadias’.Memandangkan yang pembukaan lubang kencing masih di penghujung zakar, air mani jika terpancut keluar pun akan keluar tanpa sekatan atau gangguan. Tidak seperti jenis hipospadias yang mana pembukaan lubang kencing di pangkal zakar.Jika itu berlaku sudah tentu air kencing akan terpercik ke kerandut dan air mani jika keluar mungkin tidak masuk faraj.Bagaimanapun, elok anda jumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan. Ada kalanya penghujung zakar kembang dengan luas dan menyukarkan penghujung zakar masuk dalam faraj melalui pembukaan faraj. Jika ini berlaku bahagian yang kembang itu perlu diperbetulkan melalui pembedahan plastik.Jika perkara itu tidak berlaku, anda tidak perlu khuatir, namun untuk kepastian sila berjumpa doktor.

Wednesday, December 3, 2008

RISAU TAHI LALAT DITAKUK ZAKAR

SOALAN,
ADAKAH tahi palat masih boleh ada di sekeliling takuk zakar walaupun sudah berkhatan? Saya perasan tahi palat warna putih kental mengelilingi takuk zakar saya dan apabila dikutil, ia keluar dan berbau hancing seperti tahi palat ketika saya kecil dan belum berkhatan. Mohon kepastian.
INGIN TAHU
Ho Chi Minh, Vietnam


JAWAPAN
Tahi palat atau smegma sebenarnya bukan ‘tahi’ atau kekotoran yang mengelilingi penghujung zakar. Ia hasil pengeluaran cecair daripada pundi kulit kulup atau penutup penghujung zakar yang tertinggal selepas berkhatan. Ia campuran cecair dari pepundi para urethral yang ada berdekatan frenum atau cantuman kulit di bawah kepala zakar.Ia bersih dan tidak mengandungi apa-apa kuman atau kulat. Bau yang timbul ialah bau tengik akibat perubahan berlaku padanya apabila bercampur air kencing dan terdedah.Biasanya lelaki berkhatan jarang menghasilkan tahi palat kerana bahagian kulit kulup yang menghasilkannya dipotong.Kadangkala pundi para urethral yang juga menghasilkan tahi palat itu tidak dipotong habis, jadi sedikit tahi palat terjadi di celah kulit takuk di bahagian bawah kepala zakar. Jika dipicit, bahagian itu terkeluar tahi palat yang kering.Tahi palat sebenarnya lapisan pelindung yang membuatkan bahagian kulit zakar yang ditutup kalis air dan mengelak kedua-dua kulit ini melekat. Jadi lelaki yang tidak berkhatan mendapati kulit dalaman kulup zakar mudah terlucut apabila ereksi berlaku atau apabila dia melurutkan penghujung zakar keluar dari kulup.Memandangkan tahi palat berbau, gambaran dalam minda menerima bahan ini sebagai kotoran. Bahan ini memberi bau pada anggota sulit lelaki dan ia juga mengandungi feromon atau bau yang merangsang syahwat pasangan apabila dalam keadaan ghairah.Tahi palat lelaki tidak menyebabkan jangkitan kepada perempuan dan bukan penyebab kanser pangkal rahim yang pernah diuar-uarkan dulu.

RAGU-RAGU MENYURUH SUAMI MEMBUAT UJIAN AIR MANI

SOALAN,
SAYA dan suami merancang mendapatkan anak kedua. Namun selepas tujuh bulan mencuba, tiada tanda positif hamil. Saya ingin mencadangkan suami melakukan ujian air mani, tetapi dia ragu-ragu. Bagaimanakah prosedur ujian air mani dilakukan dan di manakah tempat sesuai untuk menjalani ujian itu?
IZANIE
Kota Tinggi, Johor


JAWAPAN

Mana-mana pasangan yang pernah mendapat cahaya mata dan merancang tambah bilangan anak dan mendapatkan kehamilan tetapi dalam setahun tiada apa-apa berita perlu menjalani pemeriksaan kesuburan.Bagi suami, pemeriksaan fizikal dan buah zakar serta ujian air mani dilakukan manakala bagi si isteri, pemeriksaan kepastian kemampuan menghasilkan telur dan ujian X-ray salur reproduksi iaitu rahim dan salur telur untuk menentukan sama ada wujud masalah atau sebaliknya.Jika semua ujian normal, mungkin mereka berdua boleh mencuba kaedah Teknologi Bantuan Konsepsi seperti penyemaian benih suami dalam rahim atau IUI. Jika masih tiada apa-apa hasil, cuba kaedah bayi tabung uji atau IVF.Tiada jaminan kehamilan akan berlaku kerana itu kuasa Tuhan. Yang mustahak ialah kedua-dua pasangan itu berusaha dan bukan sekadar mendiamkan diri atau tidak mahu buat apa-apa kerana ego.Ujian air mani perlu dilakukan di makmal dan atas rujukan doktor. Jadi, suami perlu jumpa doktor terlebih dulu dan mendapatkan borang melakukan ujian air mani di makmal yang disyorkan doktor. Puan juga perlu menjalani pemeriksaan seperti saya senaraikan di atas.Puan dan suami perlu tahu, umur memainkan fungsi penting daripada aspek kemungkinan pencapaian kehamilan. Jika umur tinggi, pencapaian kehamilan amat rendah, lebih-lebih lagi wanita.Kadar kehamilan untuk wanita menurun sebanyak 80% selepas umur 40 tahun. Lelaki berumur lebih 40 tahun pula banyak menghasilkan sperma yang kurang aktif dan berbentuk tidak normal.

KESAN ZAKAR PAKAI SELUAR KETAT

SOALAN,
SAYA tidak suka memakai seluar dalam. Baru-baru ini kawan memberitahu, tabiat itu tidak baik untuk buah zakar. Adakah kenyataan ini benar?
BUDAK BAIK
Kuala Lumpur




JAWAPAN
Anggota sulit lelaki dan perempuan mempunyai pelbagai pelindung secara semula jadi seperti bulu roma yang lebat melindung keseluruhan anggota sulit, suhu dan kelembapan kulit, selain berfungsi sebagai ‘shock absorber’ (penyerap tekanan) ketika bersetubuh.Kerandut buah zakar lelaki mengampu kedua-dua buah zakar dan mengawal suhu buah zakar supaya ada dalam keadaan optimum untuk pembiakan sperma.Spermatic cord (otot spermatik) yang mengandungi salur sperma, pembuluh darah dan urat saraf untuk sperma dan lapisan otot daripada perut menampung buah zakar dan sensitif kepada perubahan alam sekitaran, yang mana apabila berlaku sentuhan kepadanya, seperti dalam kemalangan contohnya, kedua-dua buah zakar tertarik ke atas supaya buah zakar terlindung.Jadi, kenapa hendak pakai pakaian dalam? Mungkin memakai pakaian dalam lebih kepada menjauhi ‘pandangan’ daripada perlindungan. Asalkan anda pakai sehelai pakaian untuk tujuan mengelakkan berlaku ‘pandangan’ mata, itu mencukupi. Pakaian dalam yang ketat mengubah posisi buah zakar dan mengganggu kestabilan suhu dalam buah zakar.

My Lecturer html Headline Animator